Sunday, May 15, 2016

KEMELUT DATO' JAMAL YUNOS - ALI TINJU MERUGIKAN ORANG DAN NGO MELAYU - MEJAR RAZALI ZAKARIA PRESIDEN GMPN

“Ali Tinju macam buldozer”


May 13, 2016

Pengerusi Gerakan Martabat Pejuang Negara mendakwa perbalahan antara Ali Tinju dan Datuk Jamal Md Yunos bermula selepas demonstrasi 'Baju Merah'.


PETALING JAYA: Pergaduhan antara Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos dan Presiden Gerakan Baju Merah Ali Baharom dipercayai tercetus selepas demonstrasi ‘Baju Merah’ pada 16 September lalu, kata Pengerusi Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) Razali Zakaria.

Razali mendakwa antara punca pergaduhan mereka ialah apabila Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju cuba ‘merampas’ Gerakan Baju Merah yang awalnya idea Jamal.

“Ini soal rebut jawatan. Jamal yang cetuskan Gerakan Merah, tetapi kini Ali pula perasan jadi ketua. Padahal dia (Ali) tiada apa-apa pun. Bertanding di UMNO Cawangan Bandar Tun Razak pun kalah,” katanya ketika dihubungi.

Razali berkata beliau kini menjauhkan dirinya daripada Ali berikutan sikapnya yang tidak menguntungkan NGO Melayu.

“Saya sebagai pengerusi GMPN ingin bantu sesama NGO, sebab itu saya pernah bersamanya ketika program. Tetapi bila bersamanya tidak ada perbincangan ilmiah, hanya fitnah.

“Berbeza dengan Datuk Jamal yang tidak suka cakap perihal orang lain,” katanya.


Pergaduhan dua personaliti ‘Baju Merah’ itu memuncak selepas Ali membuat laporan polis di IPD Dang Wangi atas dakwaan menerima ugutan ‘pukul dan tembak’ oleh Jamal, semalam.

Sebagai tindak balas, Jamal juga membuat laporan polis menafikan dakwaan itu di Balai Polis Sekinchan pada hari sama.

Pengerusi Pertubuhan Gerakan Amal Melayu (PGAM), Mohamad Abu Bakar turut mengecam Ali yang disifatkannya sebagai suka mereka-reka cerita.

Ali Tinju ni macam ‘buldozer’, redah saja dan suka merapu. Apa yang dia nak tak dapat, sebab itu dia bergaduh dengan Jamal,” katanya tanpa mengulas lanjut perkara itu.

Namun, seorang ahli UMNO Sungai Besar yang enggan dinamakan berkata pergaduhan dua individu itu akibat ‘dihasut pihak ketiga’.

“Pasti ada orang yang laga-lagakan mereka. Ali pun bukan orang yang semberono. Tetapi saya harap mereka berdua utamakan Umno, kalau nak bergaduh pun selepas PRK.

“Tak bolehlah bantai sesama sendiri, terutama pada masa ini. Kalau bantai DAP, PKR, Amanah atau PAS lainlah,” katanya kepada FMT.

Jamal dan Ali Tinju muncul sebagai personaliti utama dalam beberapa demonstrasi tahun lalu. Kedua-duanya pernah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 ekoran dakwaan mencetuskan ketegangan kaum.

SUMBER :  Free Malaysia Today-FMT

LINK : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/05/13/ali-tinju-macam-buldozer/


amokrebel1957

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...