Presiden AMANAH, Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu hari ini tampil menjelaskan sebab-musabab beliau tidak bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) dalam masa terdekat.
Ini kerana parti telah memilih calon-calon terbaik untuk bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata Mat Sabu kepada pemberita.
“Hanya boleh letak satu calon, betul? Jika boleh ramai, saya juga mahu bertanding juga, tetapi kita hanya boleh pilih satu sahaja.
“Kami pilih seseorang yang kami rasakan sesuai untuk kerusi tersebut,” kata beliau semasa ditemui semasa Kongress Kebangsaan Parti Sosialis Malaysia di Shah Alam, hari ini.
Mat Sabu pernah menjadi ahli parlimen selama beberapa penggal sebagai mewakili kerusi Kuala Kedah, Kedah dari tahun 1999 hingga 2004 selain Kubang Kerian serta Nilam
Puri di Kelantan atas tiket PAS.
AMANAH telah memilih profesor fizik, Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS manakala di Sungai Besar pula, Azhar Abdul Shukur dipilih sebagai calon parti itu untuk menentang dua parti lain.
[Baca berita penuh]
Ruj. : https://m.malaysiakini.com/news/344039
amokrebel1957
amokrebel1957
No comments:
Post a Comment