Tuesday, May 17, 2016

#PRK KUALA KANGSAR : UMNO KUALA KANGSAR BELUM BINCANG SOAL CALON AHLI PARLIMEN



Oleh Farah Suhaidah Othman 
bhnews@bh.com.my 

MEI 11 2016

MOHAMAD Kamil (duduk tiga dari kiri) pada sidang media mengenai mesyuarat Jawatankuasa Khas UMNO Bahagian Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran

KUALA KANGSAR: UMNO Kuala Kangsar belum membincangkan soal calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohamad Kamil Shafie, berkata tumpuan kini adalah untuk menguatkan jentera pilihan raya bahagian. 

Selain itu, katanya, pihaknya juga menstruktur semula jentera pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong dan Bukit Chandan bagi menghadapi PRK itu. "Nama calon belum dibincangkan (dalam mesyuarat hari ini) dan ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO Pusat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan perkara itu Jumaat ini. 

"Bagaimanapun, jentera pilihan raya UMNO Kuala Kangsar sudah melakukan gerak kerja dan semalam kita menerima lawatan dari Badan Perhubungan UMNO negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO bahagian itu di sini, hari ini. Mohamad Kamil berkata, UMNO Kuala Kangsar bersedia menerima siapa saja calon yang akan diputuskan oleh UMNO negeri dan Pusat bagi meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad. 

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan kesinambungan kepemimpinan dan memastikan keutuhan UMNO Kuala Kangsar terpelihara. "Siapa juga calon yang akan diletakkan, ia adalah satu cabaran yang besar kepada kepimpinan UMNO bahagian," katanya. PRK Parlimen Kuala Kangsar perlu diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam tragedi helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak, minggu lalu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/152654

amokrebel1957

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...